Bagi yang tengah pening merancang perkahwinan tu...salah satu benda yang perlu didahulukan ialah Kad Jemputan Kahwin...
- Perkara yang penting sebelum tempah Kad ialah: TARIKH MAJLIS, PERJALANAN MAJLIS, SENARAI/BILANGAN TETAMU, PETA UMAH..Kalau takda keempat2 elemen ni..jadi susah nak tempah kad sebab semuanya diperlukan semasa menempah nanti.
- Masa terbaik untuk tempah kad ialah 3,4 bulan sebelum majlis. Sebabnya, proses nak buat kad tu memakan masa, begitu juga dengan nak edarkan kad...silap2 ada yang tak sempat edar nanti...
- Nak tempah online ka x?..terserah...dalam pengalaman saya, tempah online pon OK. cuma kena rajin online dan survey...kebanyakannya yang buat secara online tu ada kedainya....kalau ada kesempatan pegila sendiri ke kedai berkenaan..tapi macam kes saya yang kerja di pedalaman..susah nak ke bandar, bersyukur sangat ada bisnes online ni..senang.
- Lagi satu...rajin2 la survey...pilih la pakej yang bersesuaian dengan bajet korang.Saya pon memang kira ikut bajet. Kad yang saya tempah cuma 600 keping..pastu harga kad+sampul cetak nama+free tag timakasih =RM 300++ akan tetapi disebabkan postage ke Sabah...RM 200++. Jadi total semuanya RM 500++.
- Pastikan habis edar kad...kalau tak membazir...huhu..saya hanya edar kad pada rakan sekerja dan bos2 ja..selebihnya mak ayah yang edar untuk kawan2 dorang dan saudara mara...untuk kawan2 sekolah, kawan2 Uni dulu semua saya jemput guna FB ja..camtu dah jimat.
- Saya guna khidmat Kanda dan Dinda Wedding card.Alhamdulillah senang berurusan.Saya lukis peta bodoh2 ja guna kertas A4 dan pensil.Dah siap lukis, scan dan email to them.Dorang yang ubah peta tu jadi cantik lagipun kita dah bayar untuk keja2 graphic..apa2pun akan dihantar draft kepada kita untuk recheck balik..sampailah kita puas hati, baru dicetak.
- Apa2pun,kena rajin buat follow up,check email,sms..dorang pun ada selalu call kita..kalau dah kita tak sempat angkat..jangan kedekut..call je la balik.Haha!..tu je kot...selebihnya..kalau nak cetak 1 kad untuk majlis belah laki n pompuan...leh refer kat kedai kad tu...
Entry saya terdahulu tentang kad kahwin : KLIK SINI