Wednesday, November 18, 2015

Kakak she

Saiful Abiyad(5m),Encik Suami,Sheila Amina(1y8m)

Gambar ni diambil petang kelmarin..apa yang lain anda perasan dalam gambar ni??
.
.
.
.
.
Abiyd nampak ceria kan? Tapi....she pulak langsung tak tengok kamera..kebelakangan ni,sangat susah nak ada eye contact dengan si kakak..bila saya bercakap dengan dia,dia seolah-olah tak bagi perhatian dan kadang2 lari pulak dari saya. It breaks my heart.

Lagi satu,bila nama sheila amina dipanggil..si kakak tak pernah respon walaupun hanya dengan memalingkan muka ke arah saya..saya tepuk2 bahunya pon dia langsung tak respon..now im worried!...

Saya dan suami beranggapan ini adalah kesan daripada penggunaan ipad n menonton tv yang melampau..kesian si kakak...kehadiran si adik sememangnya mencuri perhatian kami..

Kami rasa bersalah sangat pada kakak sebab bagi dia ipad dan pasangkan tv untuk kakak tengok doremon movie demi movie...kakak akan duduk diam sejam dua menghadap dua benda tu dan memudahkan kami menguruskan adik...

Rasa terkilan sangat2 sebab beberapa bulan yang lalu kakak adalah kanak2 yang riang..dia suka menyanyi..suka membebel guna bahasa korea diaaa...tapi sekarang kakak seperti cepat bosan..tiba2 saja dia menjerit tak tahu nak buat apa..kemudian dia akan cari remote tv minta dipasangkan movie doremon..dan kadang2 dia akan tarik baju sampai la ke bilik,minta ambilkan ipad...now bebelan bahasa korea dia pun dah takda...hmmmm....

Saya dan suami dah tekad..no more ipad or tv..and lets play together!baru ja mula 2,3 hari ni...kami main conteng2,main lempar bola,baca buku,main sepit kain,main basikal...alhamdulillah...ada sedikit perubahan...nampak ceria...tapi nanti ada masa2 kakak akan nampak bosan...

Sekarang ni saya tengah azam nak bagi kakak respon dengan sekurang2nya menoleh bila saya panggil....doakan saya...semoga kekhilafan ini menjadi pengajaran.....





Tuesday, November 17, 2015

Dilema

Saya dalam dilema...
Sudah saya ketepikan jauh2 kepentingan diri....sekarang hanya memikirkan keperluan anak2...masa depan mereka...

Saya dalam dilema....
Apakah keputusan yang terbaik untuk anak2...btulkah jika anak2 lah menjadi paksi keputusan saya?...

Saya dalam dilema....
Tak mahu sejarah berulang...tak mahu berbalah kalah tak siapa menang....

Saya dalam dilema....
Biarpun setiap anak itu ada rezekinya....tapi aneh jika ibu bapa tak berusaha demi anaknya kerana nasib manusia tak berubah kalau tiada usaha..

Saya dalam dilema...
Apakah pengorbanan ini boleh terbayar...boleh dirasa manisnya..atau satu lagi episod 'sila cuba lagi'...

Saya berhenti berfikir dan berharap....Allah swt perancang yang terbaik...tunjukkan jalan ya Allah....