Wednesday, December 19, 2012

Perangai oh perangai

I read it, heard it and been told that...when a couple get married,their spouse will show a true color.Betul ka?

Saya bersetuju. Kita ni saja yang nampak berubahnya perangai si dia..padahal sebenarnya itu lah dia..cuma sebelum ni dia tak tunjuk atau takda peluang dia nak tunjuk siapa dia sebab walau bergayut 24jam on the phone macamana pun tidak akan sama dengan tinggal bersama.Tanya la ibu ayah,adik beradiknya...adakah si dia berubah...mungkin mereka akan jawab tidak..sebab sapa nak control depan family kan??huhu.Bab kentut,korek hidung,tak mandi,baju sepah2 tu.tak yah cakap la..kita pun sama kan??(tak nak mengaku takpe..hahaha)

Satu situasi berlaku depan mata saya sendiri hari ni di hospital....

Anak perempuan yang berumur 2tahun menangis meraung entah kenapa sambil didukung oleh si ayah.Si Ibu yang baru sampai segera memanggil-manggil si ayah supaya membawa anak itu ke tempatnya..serentak pula ahli2 keluarga yang lain mendesak supaya anak itu didiamkan kerana itu kawasan hospital.

Tiba-tiba si ayah membuat reaksi yang mengejutkan "SABAR!!!!!!!" tempik si ayah yang saya kira sudah bengang dengan keadaan mendesaknya.TERSENTAP semua yang ada di situ termasuk saya!

Pertama,kenapa dia harus menjerit?Kedua, itu kan hospital,tidak patut dia berbuat begitu hanya kerana marahkan orang "mendesak"nya untuk memujuk anaknya supaya diam.

Saya berfikir...sekiranya dia lebih BERSABAR melayan karenah anak dan juga "karenah" ahli keluarganya pasti perkara memalukan itu tidak berlaku.Ya..orang dewasa juga ada karenah..suka mengarah-arahkan orang lain.

Sabar memang mahal dan mulia..kadang2 saya hairan macamana orang lain boleh bersabar,tetapi saya tidak.Ia bukan boleh dibeli dengan duit,juga tidak boleh diserap dalam diri sehari dua...Sabar bukan bererti sanggup dibodoh-bodohkan...Sabar jadi mulia kerana dengan sabar,anak tidak akan dipukul,suami isteri tidak akan bergaduh,orang yang ditimpa musibah tidak akan mengeluh.

Tapi semua orang sabarnya bersempadan.Malangnya, sempadan kesabaran saya tidak jauh.hehe.Mungkin itu sebabnya Tuhan jodohkan saya dengan si dia...

"Itu pun nak bebai(bengang)..janganlah ikut emosi..itu yang jadi gaduh.." dia menegur saya dengan nada lembut...saya malu menjadi sesal.

Walaupun saya tahu,si dia pun mampu jadi incredible hulk..haha..tapi dia lebih penyabar dari saya.

So, motif entry ni?fikir2kanlah~ =p


8 comments:

  1. wak pon kekadang X sabar jugakkk.. uhHHUu

    ReplyDelete
  2. memang kena banyak sabar bila ada anak kecik...kadang tak pasal2 boleh meragam..

    ReplyDelete
  3. hihihi...
    Niesa.. Kak pun bkn kategori penyabar sgt tau.. tapi bila ada anak sifat penyabar kakak tu lg kuat.. sabar dlm melayan karenah anak..hehe.. hubby plak dulu2 dia kata dia punya sifat ego yg tinggi & kdg2 cepat marah.. tapi bila jumpa dgn kak, sifat tu hilang.. dia ckp ego nya kalah klu dgn kakak.. hahaha..:D
    (apa pun kita kena saling melengkapi kan dik?? )..
    moga bahagia dgn c dia ya....amin!

    ReplyDelete
  4. mmg kdg2 tu ilang sabar what to do lol

    ReplyDelete
  5. Betul tu Neesa...baru tau true color pasangan kan.... Okje pun bukan org yg penyabar!

    ReplyDelete
  6. Jap nak fikir...


    Owhhh ok... Sabar memang susah sbnrnya.. Dibantu dgn hasutan syaitan lg la x dpt nak control

    ReplyDelete
  7. dan satu lagi rahsia rumah tangga. kalau si dia tengah jadi 'api' janganlah kita jadi 'minyak' walaupun masa tue kita pun memang tengah marah yang teramat sangat ;)

    ReplyDelete
  8. Betul tu.. tapi akk bersyukur dijodohkan dengan seorang suami yang amat penyabar... x mcm akk nie :P

    ReplyDelete