Saturday, December 22, 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

Assalamualaikum dan selamat.........(cek jam) petang!

ohya!apa kabar semua...?? (as if banyak reader la kan..haha)



Sempena Wak Gelas first time buat gieaway..saya pun dengan first timenya nak cuba nasib join...bila baca syarat2nya...WOW!senang~tak sesusah mana..tak banyak click2.

Follow pun dah memang follow...

Masukkan dalam bloglist, dah memang disimpan rapi dalam bloglist ku...

hehe....

Apapun2..saya berterimakasih la kat Wak sebab pilih saya...miahahahahahahaha(paksa pilih) Ipod memang diidamkan...nak beli tak mampu...kena ikat perut sebab nak save bajet nak kawen!hahaha..kalau dapat Ipod,taklah boring kalau balik umah dok sorang2....xpayah hangkut laptop ke bilik ke ruang tamu nak dengar lagu..hihi...TAPIIIII kalau tak terpilih pun tak pa..memeriahkan give away Wak pun syukur!

Suka lawat blog Wak sebab simple, font pun jelas lagi terang n sedap mata memandang gambar2 dalam tu...Wak memang ada skill!...kalau boleh,ada masa2 senang nanti,boleh online sharing pasal gambo...kan Wak??

 Maka dengan itu..saya publish entry ini.Bismillah. (skemonyo)

Friday, December 21, 2012

Senarai Semak 3bulan nak kawen

Ha??biaq betoi??x sedaq pun masa berlalu.....

cewah...practise cakap kedah.haha...my kedah is very weird..padahal dulu nak dekat 5 tahun duduk blah utara..penang+changlun..dok kawan pun dengan orang sana...bestfriend plak orang pokok sena...masih tak boleh nak master bahasa kedah..kalau bahasa penang ya la kot..pada pemerhatian saya,kedah bahasanya lebih berintonasi..kalau bahasa penang,lebih mudah saya tuturkan..bak hang!...hahaha....

ok, bukan nak membebel pasal bahasa pun...nak kongsi2 senarai semak ni...liplapliplap..tak sedar masa berlalu...sebelum tu..senarai jap satu2...biaq nampak sket..kleaaaaaaa!haha

  • Tentatif majlis-masih berkira-kira lagi.Leave that to bapa n umi to discuss..
  • Kad Kahwin-tak dapat nak buat sebab tentatif x decide.Ya Allah, nak decide kot!
  • Kursus Kahwin-Saya p kursus minggu depan.Si dia?I keep reminding him macam mak nenek~
  • Baju nikah-Dah pos kain ke bakal mak mentua..tapi tak bagi ukuran n design lagi =(
  • Baju sanding-Dah hantar kat tailor..bulan 1 siap..pastu nak hantar kat my friend tambah sulam2~
  • Veil-Akan hantar ke my friend juga.
  • Aksesori-Sewa ja..ni termasuk la kasut/tudung/tanjak.xmampu nak DIY yang ni.
  • Bilik pengantin-dah cat,masih serabut..huhu...dah beli langsir~ dan decide beli katil!!pujuk bapa xyah la buat...penat n makan masa...syukur bapa terima..eh,tak beli lagi..
  • Doorgift-Dah beli bag.tapi tak tau nak isi apa.pengsan.
  • Pengapit-pihak saya,my cousin.baju dia pun minta mak mentua tolong jahit.
  • Pelamin-diy.tinggal bunga2 n kerusi ja x fikir nak sewa mana. 
Setakat ini, demikian la yang dok bermain2 di fikiran saya.. antaranya ya..banyak lagi tapi nanti serabut ja..kan ni blog qawen..cikunun!haha....ohya, masa nikah nanti..saya n si dia dah setuju tak nak buat hantaran sebab masa tunang hari tu dah buat... =)

I know surely there will be something missing....maklumlah 1st time nak jadi pengantin....agak2 apa lagi eh??

=D

Moment to remember

He's acting different tonight!..lovely different... =)

Wednesday, December 19, 2012

Perangai oh perangai

I read it, heard it and been told that...when a couple get married,their spouse will show a true color.Betul ka?

Saya bersetuju. Kita ni saja yang nampak berubahnya perangai si dia..padahal sebenarnya itu lah dia..cuma sebelum ni dia tak tunjuk atau takda peluang dia nak tunjuk siapa dia sebab walau bergayut 24jam on the phone macamana pun tidak akan sama dengan tinggal bersama.Tanya la ibu ayah,adik beradiknya...adakah si dia berubah...mungkin mereka akan jawab tidak..sebab sapa nak control depan family kan??huhu.Bab kentut,korek hidung,tak mandi,baju sepah2 tu.tak yah cakap la..kita pun sama kan??(tak nak mengaku takpe..hahaha)

Satu situasi berlaku depan mata saya sendiri hari ni di hospital....

Anak perempuan yang berumur 2tahun menangis meraung entah kenapa sambil didukung oleh si ayah.Si Ibu yang baru sampai segera memanggil-manggil si ayah supaya membawa anak itu ke tempatnya..serentak pula ahli2 keluarga yang lain mendesak supaya anak itu didiamkan kerana itu kawasan hospital.

Tiba-tiba si ayah membuat reaksi yang mengejutkan "SABAR!!!!!!!" tempik si ayah yang saya kira sudah bengang dengan keadaan mendesaknya.TERSENTAP semua yang ada di situ termasuk saya!

Pertama,kenapa dia harus menjerit?Kedua, itu kan hospital,tidak patut dia berbuat begitu hanya kerana marahkan orang "mendesak"nya untuk memujuk anaknya supaya diam.

Saya berfikir...sekiranya dia lebih BERSABAR melayan karenah anak dan juga "karenah" ahli keluarganya pasti perkara memalukan itu tidak berlaku.Ya..orang dewasa juga ada karenah..suka mengarah-arahkan orang lain.

Sabar memang mahal dan mulia..kadang2 saya hairan macamana orang lain boleh bersabar,tetapi saya tidak.Ia bukan boleh dibeli dengan duit,juga tidak boleh diserap dalam diri sehari dua...Sabar bukan bererti sanggup dibodoh-bodohkan...Sabar jadi mulia kerana dengan sabar,anak tidak akan dipukul,suami isteri tidak akan bergaduh,orang yang ditimpa musibah tidak akan mengeluh.

Tapi semua orang sabarnya bersempadan.Malangnya, sempadan kesabaran saya tidak jauh.hehe.Mungkin itu sebabnya Tuhan jodohkan saya dengan si dia...

"Itu pun nak bebai(bengang)..janganlah ikut emosi..itu yang jadi gaduh.." dia menegur saya dengan nada lembut...saya malu menjadi sesal.

Walaupun saya tahu,si dia pun mampu jadi incredible hulk..haha..tapi dia lebih penyabar dari saya.

So, motif entry ni?fikir2kanlah~ =p


Monday, December 17, 2012

Maria Elena dah kawennn!!!

Super excited! Maria is the one of my fav blog...i guess sapa2 blogger tegar, mesti kenal dia ni kan?if not pun terjumpa blog dia.(LINK).

Saya suka baca blog dia sebab dia ni gila2!yet humble,bijak!cantik~dan...dia suka travel!..go n read her blog..n u will understand what im saying....

dan Alhamdulillah...maria dah selamat dinikahkan 15/12/2012 dengan tunangnya Asfirdaus~
Memang sepadan sebab dua2 cam gila2...not gila..but gila2..haha..Ntahla.....suka sangat this couple..rasa betul kerendahan hati dorang...dannn....majlis resepsi dorg berlangsung semalam..saya tumpang gembira!!Jom tengok gambar2 depa...btw,gambar2 ini diambil dari page Maria Elena Is Greek Halen.





Selepas diijabkabulkan...

Maria the princess =)

Muka peliks tapi cantik...certain orang ja boleh buat...salah seorangnya adalah Maria =)





Asfirdaus~Maria's Hubby

Barakallah..semoga pasangan ini sentiasa diredhai Allah dan bahagia hingga ke syurga.amin =)

Thursday, December 13, 2012

Stay tune!

Selama 3 hari lepas saya kena bertugas, now saya boleh sambung bercuti balik kampung..Yahoo!com. lol. Bila saya balik kampung,maka keterbatasan waktu untuk saya menjengah blog kawan2 di alam maya ni menjelma.(ayat macam pujangga tak?haha)

Saya minta maaf kalau tak dapat lawat n komen blog kawan2 semua...errrr...can i call u friends??..boleh bah kan? =D........(kalau boleh, sila jawab...boleh bah kalau kau!)...

Yup, im sabahan for whoever wondering...n not wondering...hehe. and im about to marry this sloppy but strong guy from kedah, next year.So...thats what this blog about..My wedding preparation journey (sort of..)

So keep blogging u all....keep in touch.Im happy having this blog... =D (tetiba!)

Saya nak drive balik beaufort ni, ada sapa nak tumpang? ride on!

Wednesday, December 12, 2012

Ngomel jap

Assalamualaikum n hi! sorry for a long absent.Saya balik kampung sebab ada sepupu kahwin,its 2 kali pupu.so,takda la sibuk mana..just chill out,tolong-tolong sikit.yang penting kehadiran untuk memeriahkan majlis.Alhamdulillah dah selesai.Bukannya tak boleh online langsung kat kampung..boleh tu boleh tapi tau sajalah bila dah berkumpul dengan keluarga besar.Im kinda family person. Kadang-kadang si dia pun rasa terabai bila saya dengan family, sibuk bercerita,melayan karenah dan celoteh sesama keluarga.Tapi, saya tau dia faham keadaan saya.(senyuuuum)

Sekarang ni macam rehat jap fikir pasal kahwin, walaupun time is tick tock-ing kan...dah nak separuh bulan 12.Panik2!(baru ja kata nak rehat..haha)..erm..sekarang ni tengah cuti, xpala..santai lagi..saya risau time kerja nanti..tetiba ada ja hal yang timbul..in shaa Allah, banyak benda dah dalam perancangan/on the way..walaupun ada la yang DIY masih belum start2 lagi sebab tak dapat bahan.

Ohya,talking about DIY..know what??aritu masa dalam kereta dengan bapa..tetiba he suggested..nanti katil tu kalau nak,bapa boleh buatkan...i was like 'huh?' dalam hati ja..haha..tak nak buat terkujat banget."Buat katil?macamana?".."Nanti kita beli ja besi2,pastu bapa welding.murah,kos dalam 300 ja." ...Saya ya kan ja..

Bukan apa..kesian dekat bapa.Dah la sorang2 buat keja..banyak pulak keja yang nak disiapkan tu ada lagi 3 bulan.Adik-beradik saya tak ramai.Abang n adik lelaki saya masing-masing ada komitmen belajar n keja.Kalau ditambah lagi nak buat katil?!Adoii..tapi itu la bapa saya, dia memang suka benda2 seni,buat apa yang boleh dibuat..yang penting ada alat2nya...sebenarnya saya plan gini, saya nak beli ja katil..biarla kurang sikit keja bapa..walaupun itu yang dia nak.Its like this is his project n he like do create macam2..dia siap imagine nak buat kepala katil lagi design macamana.Oh bapakku!.....

Saya pun suka DIY jugak tapi hangat2 tahi ayam jugak.lol. Now tengah mencari-cari official photographer untuk majlis nanti..erm...sebenarnya ada ja pakcik yang run business gini..tapi ntah...susah sangat nak jumpa sebab dia tinggal dekat kk..tapi in shaa Allah, nak atur minggu ni..senang sikit.lepas dah tempah jurugambar ni lega sikit.Saya nak harga yang reasonable la dengan kualiti gambar..ya la..majlis sekali ja.takda playback..reverse..moment tu penting untuk dicapture!owh.....

Itu saja nak saya taip2 di sini..rumah tak kemas lagi.Jom kemas rumah saya!..haha...sampai jumpa lagi..daaaaa....