Sunday, April 28, 2013

Update pas kawen

Assalamualaikum!
Wow! Lama gila tak jenguk ruang blog ni~
Betul2 busy..mana lagi dihambat dengan keja kat sekolah...ditambah lagi dengan saya yang masih terkial2 sebenarnya nak bahagikan masa...nak buat keja sampai petang..suami tunggu di rumah...nak layan suami sepenuh masa...sekolah pulak call tanya itu ini...menambahkan perisa dalam kesibukan keja ni..NAZIR pulak nak datang sekolah...kenalah bersiap siaga...

Memang lain benar kehidupan sebelum dan selepas kawen ni..sebelum kawen..punya la bosan.tapi dah kawen..tak sempat nak bosan..ada ja keja nak buat...saya dan suami pulak sekaran ni tengah berusaha nak ubah ekonomi keluarga..nak buka bisnes..in shaa Allah...

Takut pun ada sebenarnya..ye lah..bisnes ni bukan modal seringgit dua..tapi yakinkan diri..kena berani jugak kan?..kalau asyik takut..sampai bila nak berdiri d takuk lama.

Selepas berkawen ni kena jugak biasakan diri dengan soalan2..."suami kat mana?".."tak masak ka?".."merancang ka?" tu semua soalan2 dari kawan2...belum lagi soalan dari suami..huhu...

Sekarang ni dah biasa sebut perkataan "suami" kalau cerita kat orang..kalau mula2 dulu..kekok sikit...tapi macamanapun tetap rasa macam "eh, aku dah kawen eh?..."

Syukur suami setuju untuk stay dengan saya di keningau...kalau tak, pening nak memohon pindah yang tak tahu confirm dapat ka tak..lagipun, kami cuba nak cari rezeki kat sini in shaa Allah.

Berterabur pulak ayat bila dah jarang blog ni..aduh!

Pasni nak terjah kawan2!


3 comments:

  1. Yayyyyyyyyyyyy rindu kamuuuuuuuuuuu. Alhamdulillah u sound happy and cheerfull as always, married life is a blessing kan, tak cukup masa yang ada. Wish u all the best dear :D:D Nnt update la banyak2 k.

    ReplyDelete
  2. Halluuu Sis...
    wah! pengantin baru ni..hehehe..apa pun happy for you..status dah bertukar...gaya hidup sikit sebanyak pun msti bertukar..ndak pa, slow2 sesuai kan diri dgn status Isteri..mana tahu ndak lama lg status ibu pula...hehe...:)

    ReplyDelete
  3. sonoknya terus boleh dapat duduk dengan suami. jeles saya huuu, tapi tetap hepy tuk awak. sebab PJJ nie bukan senang. ekonomi yang utama kena fikir.

    ReplyDelete