Tuesday, March 5, 2013

#Pray for Sabah

Tak tahu di mana nak mula entry kali ni. Semua rakyat Malaysia maklum apa yang melanda Sabah sekarang ni. Pencerobohan oleh Pengikut so called Sultan Sulu di Kg Tanduo,Lahad Datu.

Jarak Lahad Datu dengan Keningau,tempat saya berada sekarang ni..lebih kurang 8-10 jam drive.saya tak tahu exact mileage.



Ketakutan kerisauan dirasai oleh segenap penduduk Sabah.Risaukan ahli keluarga,risaukan pencerobohan merebak ke daerah lain.Risau dengan pengkhianat!

Saya jadi benci bila isu ni dipolitikkan!

Di sini setiap hari, ada saja khabar angin disampaikan. Tak tahu nak percaya atau tidak.Ya, memang perlu tunggu berita dari PDRM.Tapi hati mana tak terusik bila tiba2 diberitahu di sana sudah ada rampasan senjata berlaku dan jaraknya cuma 10km away from where u r.

Semasa tengah mengajar,di ruang udara berlegar-legar helikopter..jet..

Di sekolah tadi,semua orang..dari pentadbir,guru,makcik2 cleaner..ah,budak2 apatah lagi...semua bercakap isu yang sama!..Mundu!Orang Sulu!Abu Sayap!...ceritanya itu2 saja.

Ya,kami tak bosan bercerita tentang itu.Masing2 luahkan pendapat dan perasaan.Semuanya sama,kami sudah merdeka!kami adalah di bawah pemerintahan negara Malaysia.walaupun masih lagi sampai sekarang bila sabahan pergi ke west malaysia kami akan disambut dengan "Welcome to Malaysia" dan saya sendiri pernah di tanya oleh seorang kakak "adik 1st time ka datang Malaysia?"...terus saya blank sekejap masa tu...dalam hati eh,selama ni aku stay luar Malaysia ka..huhu...

Saya sayang Sabah,Saya sayang Malaysia...saya bersyukur sangat2...

pasal sultan sulu nak tuntut balik sabah tu..adoiii...dah penat baca balik buku sejarah...rasa macam memang saya faham yang pajakan tu selagi ada bintang dan cekerawala.it means forever ok!...

Tadi masa pergi kantin sekolah..adik2 yang kerja kantin tu nyanyi lagu barisan kita..sebak hati saya bila dorang nyanyi part..

"andai kata kami gugur semua..taburlah bunga di atas pusara...kami mohon doa...Malaysia berjaya!...Semboyan telah berbunyi..menuju medan bakti!"...

Bila diresap tiap2 bait tu..aduh!...sedih!......

Saya betul2 berharap semua ni cepat diselesaikan...

Sekarang ni kehidupan kami di keningau masih seperti biasa...kami bersukan..berkerja..bersekolah..mak sebuk hantar anak pegi tuition...waktu petang pergi beli barang tapi waktu malam memang dinasihatkan tak yah kuar kalau takda keperluan...dan sebenarnya saya sendiri agak paranoid nak kuar sebab takut pada pengkhianat..bukan penceroboh..pengkhianat maksud saya, orang PTI yang dah lama di sini..tiba2 jadi pengikut Sultan sulu..

erghhhh!!!

Persiapan kawen saya???60%..lagi 3 minggu...dan muka saya sunburn tahap ayam goreng!

3 comments:

  1. Sabar dear sabar... Kami tak boleh nak cakap kami faham, sebab we are not in your shoe, just remember we are all here for u guys. Our non stop du'a for Sabah and Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Moga semuanya akan cepat berakahir... hati tak tenang selagi tak selesai...risan & sllu berjaga2.. Nisah jauh di Keningau, yg Kakak ni mmg di Lahad Datu..aduiii hari2 tekanan..
    Take care also dear...

    ReplyDelete
  3. saya mendoakan moga kemelut nie cepat beransur pulih amin. kenapa la mesti nak guna kekerasan cuba berbincang bebaik mesti ada jalan penyelesaian.

    ReplyDelete