Wednesday, January 30, 2013

Rasa Tertipu!

Hari ni saya nak lari dari topik kawen sekejap...

Saya suka memerhati kelakuan manusia.

Di mana harus saya mula kan?..hurm....

Keliru, lucu, kecewa, kagum,aneh...semua ada...

ah,begini sebenarnya...

Baru-baru ini saya baru tahu blogger yang selama ini saya puja-puja..saya kabar2kan kepada kawan2 dan saya ulang kali kongsi tentangnya dalam blog saya..rupa2nya hanyalah watak khayalan semata-mata...

Watak gadis misteri yang memberi gambaran wajahnya manis walaupun hanya upload gambar yang di'crop' atau blur..bercinta dengan jejaka non muslim yang turut digambarkan sebagai lelaki yang hensem dan sangat gentleman...bercerita tentang cinta mereka yang sangat indah.."macam baca novel! "itu kata mereka yang setia membaca..termasuk saya!..sesuatu yang mustahil berlaku di realiti..tapi melalui cerita blogger ini, seolah-olah memberi harapan dan perasaan gembira kepada pembaca tentang hubungan mereka dan juga kehidupan blogger yang nampak sangat penyayang,bijak,dan rendah hati walaupun keluarganya berada.

Mungkin ada orang nak pertikaikan.mungkin juga nak ketawakan saya depan2..siapa suruh percaya?!..saya tidak kisah.Saya hanya gadis polos.(HAHAHAHA)

Apa yang menggerakkan saya untuk menulis entry ni adalah KAGUMnya saya terhadap blogger ni..ada yang mengatakan blogger ni sengaja mereka-reka cerita untuk mendapatkan peminat dan berniat membuat bisnes online!Its a long journey~Kisah cinta dia dan jejaka tu bukannya develop sebulan..5 bulan..setahun..tapi 3tahun!!bermula dari kenal..jatuh cinta...konflik agama..terpaksa berjauhan...ada lelaki cuba mengorat masa BF dia blaja d aussie..arrggh! I know its like a novel but i keep read it sebab best and it was real~..so called real...

Saya rasa ditipu..tapi..when i think again...this blogger has magic in her words..she should be a writer..her story should be published..tapi sayang...semuanya rosak sebab dia tak pernah kata ianya hanya rekaan,,,malah setiap gambar yang hanya diambil dari google dia mengaku itu adalah gambarnya..ada yang claimed this is one of split personality cases...and actually she is not a girl but a lady.

Akhirnya saya sedar..tiada yang sempurna...sempurna sebenarnya hanya hadir saat kita gembira dalam hati..itulah kesempurnaan bagi saya...

Saya juga sedar..semua manusia berfantasi....cuma bezanya sejauh mana manusia itu mampu...dan kali ni...saya berjumpa dengan orang yang berfantasi sehingga mampu menyapu emosi pembaca seperti saya...saya hanyut dalam fantasinya...saya gembira bila dia berjumpa dengan BFnya yang ntah wujud ntah tidak...saya sedih bila dia dilema memilih kekasih atau keluarga...bodohkan??tapi itulah kenyataan...

Pembongkaran cerita blogger ni mengajar saya..walaupun sedikit...
..jangan cepat percaya,manusia hanya ingin beritahu apa yang dia ingin orang tahu,manusia ada dunia khayalan masing2..kesempurnaan itu wujud separuh sahaja...sebab separuh lagi adalah kekurangan..dan akhirnya kita semua hanya manusia biasa...



15 comments:

  1. macam mana akak boleh kantoi ni hhuhu.

    tapi tu la dear, ada orang yg hidup dalam khayalan sendiri, even he/she think that the khayalan is real. I have a friend, she believe in her own lie (tetiba). hahhaha

    ReplyDelete
  2. tu la...stress sekejap bila kena tipu hidup2..hahaha...adeh!a lesson to learn...

    ReplyDelete
  3. dan akan kembali ke penciptanya.. uhhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul wak...dan masa bila masa tu sampai...sapa pun xleh lari kan.. =(

      Delete
  4. apa blognye nak bc gak..haha

    ReplyDelete
  5. oh ada jugak orang macam tue ek Qaseh...
    mungkin nak meraih pembaca kot... tapi macamana boleh tau pulak? Dia mengaku ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pembongkaran...terlalu banyak kebetulan dalam pembongkaran tu.dan lebih mencurigakan..blogger tu terus tutup blog...hurm...

      Delete
  6. isk! pelik kan org mcm tu Niesah.. takut lah klu kakak..mcm psiko plak tu..hahaha..imaginasi yg melampau tu..huhu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la kak....imaginasi gini leh jadi anugerah..leh jadi sumpahan...huhu

      Delete
  7. mmg sakit hati kalau kita tertipu dgn org yg kita percaya.. sabar jelah dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak...sedih banget gue....udah percaya 100% nih!

      Delete
  8. Rasa rasanya, my love story ialah rekaan jugak tak?

    I mean I fell in love with a non-muslim boy, konflik agama, keturunan dan culture, terpaksa berjauhan, sorang di Malaysia sorang lagi di US, bukan 5 bulan, setahun, tapi 10 tahun!

    Macam cerita yang direka reka jugak tak?

    Eeeee tetiba imagine this is all a dream. Imagine kalau tak de Don si jantung hati.

    Macam mana nak bernafas? :(

    Eh tetiba aku emo kat ruang komen kau kan.

    Hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...bukan selalu ko emo kt sini..LOL!...

      Alia...he proposed u..u r getting married.....eventhou thats too good to be true...it is true...
      enjoy the moment!

      HUGS!

      Delete
  9. dalam dunia internet mcm2 boleh buat..
    lelaki boleh jadi perempuan.
    yg tua boleh jadi muda.
    so,kena hati2..huhu

    ReplyDelete