Sunday, December 30, 2012

Mumbling saja

Beaufort-KK-Beaufort-KK-Tambunan-Keningau.

Gila penat.

Penat nak survey harga, i was technically did that.Tanya sana..tanya sini.Syukur ada sepupu saya(pengapit saya) dan aunt Nor yang baik hati spent time with me.

Hmmpph...bayar itu ini..sekali tengok duit gaji,tergamam jap.Bulan 1 tak mula pun lagi.adoiii~Kena start ikat perut nak berjimat.Nasib baik ada pengalaman save budget masa study.I can survive!huhu.

Dah nak kerja dah! Awal2 tahun ni memang banyak kerja perlu dibuat.Argghh...ini tahun ketiga saya dalam bidang ni..saya masih rasa kekok!tapi saya kuatkan azam nak buat yang lebih baik dari 2012.

I guess....pause kejap pasal wedding lah dulu.By the way, thank you for the comments friends..who ever u are, its wonderful to share and people care...kan?

Have a nice day, have a great kick start!

Are you ready???!! I AM READAAAAAAAAAAYYYYYYYYYYY!!!!!






Thank you for reading =)



Friday, December 28, 2012

Kursus Kawen mesti ada part censored~ (untuk kanak2)

Ok tak tajuk?30minit fikir. =)
 Nasib tajuk tu tak jadi entry.Berjela panjangnya.

Alhamdulillah selesai kursus 2 hari.

I try not to laugh hard as girls behind me when the speaker crack a joke that has double meaning.

and i can confirm u this question might be asked in kursus kawen in other place too, the question is...

"Siapa yang di atas,suami atau isteri?"

Bila penceramah tu tanya soalan ni, of kos terfikir suami d atas..tapi peserta lelaki tetiba gelak.eh,yang ni pun ada double meaning ka?..penceramah tu asyik ulang2 soalan yang sama.Now i know......

akhirnya, jawapannya.."tukar-tukar!" pffttt!!

Ada baiknya kursus ni ada pendedahan tentang kesihatan...tapi my eyes squinted setiap kali penceramah dari kesihatan tu tukar slide sebab ada gambar2 XXX ditunjukkan...ianya lebih kepada sangat2 asas..i think they should discuss about perancangan keluarga juga in future.

Of course bab solat dan tanggungjawab,prosedur,cerai semua tu turut disampaikan...

Apa yang dapat saya simpulkan rata2 penceramah kata dunia bercinta sangat lain dengan dunia perkahwinan...

yang paling saya ingat..."Selepas kahwin,berubahlah..jangan hidup seperti zaman bujang.."

Kenapa saya rasa statement tu menakutkan??!

Terimakasih kerana membaca... =)

ppsstt.....saya dah konvo kursus kawen~!!

Tuesday, December 25, 2012

ME TIME

Here i am having me time a.k.a being alone at home. Arini sama macam hari2 yang lain sebab memang saya sedang bercuti pun.So another public holiday didnt affect my day. Uncle's family came over n had lunch together...dalam jam 5 lebih macamtu semua berangkat ke destinasi masing2.Bapa,umi dan adik ke KK untuk pendaftaran adik ke IKM esok.All the best Saleh!

Saya tak ikut sekali sebab esok dan lusa kena pergi kursus kawen!aiyooo...but hey...relax la kan..i wish i could go to the course with him...or with friends atleast tapi apakan daya.kono poie sowang jo!

Life being calm these few days...saya membuat ruang saya sendiri..mengambil masa sendiri..tak nak kelam kabut..just chill kata owang mude....tenang...and enjoy Hot In Cleveland shows! I laughed out loud to that shows!haha~

Thanks for reading.... =)


Monday, December 24, 2012

Curhat

Tak sabar nak habis cuti..nak kerja! Ya Allah, saya tak boleh tahan jadi penjaga rumah macam..same old rutin!walaupun sebenarnya ada ja keja nak buat kat rumah..kemas rumah yang ntah bila terkemas sebab banyak lagi barang2 all over the place..tak tersusun sejak pindah aritu..

Bila duduk di rumah..tak bergaul dengan orang..memang fikiran jahat cepat masuk!Mula2 tu ok..seminggu dua tahan lagi...tapi dah minggu ketiga doing the same routine..sumpah!saya jadi orang gila.Tambah-tambah lagi sepatutnya saya sibuk mengurus persiapan.Mungkin ramai fikir..lagi 3 bulan..banyak masa..tapi saya tak banyak masa..tempat keja saya 2hours drive dari rumah dan nak kena turun naik banjaran crocker!jalan curam tahap hampir 90 darjah!..tak mungkin saya dapat berulang alik lagi lepas ni.

Ya saya bersyukur keluarga saya menyokong apa yang ada...tapi kadang2 sedih.Kegembiraan saya takda siapa yang mahu berkongsi.Kadang-kadang menangis bila fikir this thing should be done atleast by 2people..saya pun malas nak terlalu bercerita tentang persiapan ni..bukan la niat saya untuk dapat perhatian dari pembaca.Jauh sekali.Kalau tidak dibaca tidak apa.Maksud saya kegembiraan yang dikongsi dengan orang2 yang kita sayang..sekali lagi saya kena berdikari..i feel jealous with people whose their family work together to do the preparation..ada lagi yang hebat..cuma tinggal datang ja masa majlis tu.Semua diatur...

Ya..saya sedar..buat apa nak ikut orang lain.Kita cara kita..saya pun sedar saya tak boleh meminta lebih...situasi saya memang tak membenarkan saya rasa begitu...saya harus pening dan stress sendiri.Kadang2 rasa being taken for granted pun ada...ya la..mentang2 saya cukup sifat(alhamdulillah)..atleast give support la kan?

Huh!Kan dah kata...terlalu bosan akibat cuti ni memang buatkan saya jadi suka merepek fikir bukan2..hati memberontak,nak marah ja sentiasa..tapi saya cuba jinakkan ego sendiri..dekatkan dengan Tuhan..practising recite Quran..masih tersangkut-sangkut lagi...saya rasa macam nak nangis....I only have Allah...teringat saya lagu nasyid mawaddah...kasih manusia memang akan ada pasang surutnya..malah boleh berubah..tapi kasih Allah sentiasa ada....cuma saya yang lalai......

Betapa rindunya saya untuk bekerja....saya tak boleh terus begini.....

Sunday, December 23, 2012

Design Tshirt Sendiri

Korang ada plan nak design tshirt sendiri tak? Ni ada satu website yang membolehkan korang design tshirt sendiri: CustomInk

  
Custom ni mudah...template dia kat tepi tu ja..boleh masukkan text dan gambar
 

 
 Boleh pilih warna tshirt yang kita nak design tu untuk tengok kesesuaian warna. Tak ambil masa loading..


Banyak jenis text yang cantik2,begitu juga dengan art/symbol.


Sudah design,hujung tu ada button save/send. Link akan dihantar ke email kita.Nanti kalau dah puas hati,leh hantar design kat pencetak baju.Senang keja.

Just sharing...

Saturday, December 22, 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod

Assalamualaikum dan selamat.........(cek jam) petang!

ohya!apa kabar semua...?? (as if banyak reader la kan..haha)



Sempena Wak Gelas first time buat gieaway..saya pun dengan first timenya nak cuba nasib join...bila baca syarat2nya...WOW!senang~tak sesusah mana..tak banyak click2.

Follow pun dah memang follow...

Masukkan dalam bloglist, dah memang disimpan rapi dalam bloglist ku...

hehe....

Apapun2..saya berterimakasih la kat Wak sebab pilih saya...miahahahahahahaha(paksa pilih) Ipod memang diidamkan...nak beli tak mampu...kena ikat perut sebab nak save bajet nak kawen!hahaha..kalau dapat Ipod,taklah boring kalau balik umah dok sorang2....xpayah hangkut laptop ke bilik ke ruang tamu nak dengar lagu..hihi...TAPIIIII kalau tak terpilih pun tak pa..memeriahkan give away Wak pun syukur!

Suka lawat blog Wak sebab simple, font pun jelas lagi terang n sedap mata memandang gambar2 dalam tu...Wak memang ada skill!...kalau boleh,ada masa2 senang nanti,boleh online sharing pasal gambo...kan Wak??

 Maka dengan itu..saya publish entry ini.Bismillah. (skemonyo)

Friday, December 21, 2012

Senarai Semak 3bulan nak kawen

Ha??biaq betoi??x sedaq pun masa berlalu.....

cewah...practise cakap kedah.haha...my kedah is very weird..padahal dulu nak dekat 5 tahun duduk blah utara..penang+changlun..dok kawan pun dengan orang sana...bestfriend plak orang pokok sena...masih tak boleh nak master bahasa kedah..kalau bahasa penang ya la kot..pada pemerhatian saya,kedah bahasanya lebih berintonasi..kalau bahasa penang,lebih mudah saya tuturkan..bak hang!...hahaha....

ok, bukan nak membebel pasal bahasa pun...nak kongsi2 senarai semak ni...liplapliplap..tak sedar masa berlalu...sebelum tu..senarai jap satu2...biaq nampak sket..kleaaaaaaa!haha

  • Tentatif majlis-masih berkira-kira lagi.Leave that to bapa n umi to discuss..
  • Kad Kahwin-tak dapat nak buat sebab tentatif x decide.Ya Allah, nak decide kot!
  • Kursus Kahwin-Saya p kursus minggu depan.Si dia?I keep reminding him macam mak nenek~
  • Baju nikah-Dah pos kain ke bakal mak mentua..tapi tak bagi ukuran n design lagi =(
  • Baju sanding-Dah hantar kat tailor..bulan 1 siap..pastu nak hantar kat my friend tambah sulam2~
  • Veil-Akan hantar ke my friend juga.
  • Aksesori-Sewa ja..ni termasuk la kasut/tudung/tanjak.xmampu nak DIY yang ni.
  • Bilik pengantin-dah cat,masih serabut..huhu...dah beli langsir~ dan decide beli katil!!pujuk bapa xyah la buat...penat n makan masa...syukur bapa terima..eh,tak beli lagi..
  • Doorgift-Dah beli bag.tapi tak tau nak isi apa.pengsan.
  • Pengapit-pihak saya,my cousin.baju dia pun minta mak mentua tolong jahit.
  • Pelamin-diy.tinggal bunga2 n kerusi ja x fikir nak sewa mana. 
Setakat ini, demikian la yang dok bermain2 di fikiran saya.. antaranya ya..banyak lagi tapi nanti serabut ja..kan ni blog qawen..cikunun!haha....ohya, masa nikah nanti..saya n si dia dah setuju tak nak buat hantaran sebab masa tunang hari tu dah buat... =)

I know surely there will be something missing....maklumlah 1st time nak jadi pengantin....agak2 apa lagi eh??

=D

Moment to remember

He's acting different tonight!..lovely different... =)

Wednesday, December 19, 2012

Perangai oh perangai

I read it, heard it and been told that...when a couple get married,their spouse will show a true color.Betul ka?

Saya bersetuju. Kita ni saja yang nampak berubahnya perangai si dia..padahal sebenarnya itu lah dia..cuma sebelum ni dia tak tunjuk atau takda peluang dia nak tunjuk siapa dia sebab walau bergayut 24jam on the phone macamana pun tidak akan sama dengan tinggal bersama.Tanya la ibu ayah,adik beradiknya...adakah si dia berubah...mungkin mereka akan jawab tidak..sebab sapa nak control depan family kan??huhu.Bab kentut,korek hidung,tak mandi,baju sepah2 tu.tak yah cakap la..kita pun sama kan??(tak nak mengaku takpe..hahaha)

Satu situasi berlaku depan mata saya sendiri hari ni di hospital....

Anak perempuan yang berumur 2tahun menangis meraung entah kenapa sambil didukung oleh si ayah.Si Ibu yang baru sampai segera memanggil-manggil si ayah supaya membawa anak itu ke tempatnya..serentak pula ahli2 keluarga yang lain mendesak supaya anak itu didiamkan kerana itu kawasan hospital.

Tiba-tiba si ayah membuat reaksi yang mengejutkan "SABAR!!!!!!!" tempik si ayah yang saya kira sudah bengang dengan keadaan mendesaknya.TERSENTAP semua yang ada di situ termasuk saya!

Pertama,kenapa dia harus menjerit?Kedua, itu kan hospital,tidak patut dia berbuat begitu hanya kerana marahkan orang "mendesak"nya untuk memujuk anaknya supaya diam.

Saya berfikir...sekiranya dia lebih BERSABAR melayan karenah anak dan juga "karenah" ahli keluarganya pasti perkara memalukan itu tidak berlaku.Ya..orang dewasa juga ada karenah..suka mengarah-arahkan orang lain.

Sabar memang mahal dan mulia..kadang2 saya hairan macamana orang lain boleh bersabar,tetapi saya tidak.Ia bukan boleh dibeli dengan duit,juga tidak boleh diserap dalam diri sehari dua...Sabar bukan bererti sanggup dibodoh-bodohkan...Sabar jadi mulia kerana dengan sabar,anak tidak akan dipukul,suami isteri tidak akan bergaduh,orang yang ditimpa musibah tidak akan mengeluh.

Tapi semua orang sabarnya bersempadan.Malangnya, sempadan kesabaran saya tidak jauh.hehe.Mungkin itu sebabnya Tuhan jodohkan saya dengan si dia...

"Itu pun nak bebai(bengang)..janganlah ikut emosi..itu yang jadi gaduh.." dia menegur saya dengan nada lembut...saya malu menjadi sesal.

Walaupun saya tahu,si dia pun mampu jadi incredible hulk..haha..tapi dia lebih penyabar dari saya.

So, motif entry ni?fikir2kanlah~ =p


Monday, December 17, 2012

Maria Elena dah kawennn!!!

Super excited! Maria is the one of my fav blog...i guess sapa2 blogger tegar, mesti kenal dia ni kan?if not pun terjumpa blog dia.(LINK).

Saya suka baca blog dia sebab dia ni gila2!yet humble,bijak!cantik~dan...dia suka travel!..go n read her blog..n u will understand what im saying....

dan Alhamdulillah...maria dah selamat dinikahkan 15/12/2012 dengan tunangnya Asfirdaus~
Memang sepadan sebab dua2 cam gila2...not gila..but gila2..haha..Ntahla.....suka sangat this couple..rasa betul kerendahan hati dorang...dannn....majlis resepsi dorg berlangsung semalam..saya tumpang gembira!!Jom tengok gambar2 depa...btw,gambar2 ini diambil dari page Maria Elena Is Greek Halen.





Selepas diijabkabulkan...

Maria the princess =)

Muka peliks tapi cantik...certain orang ja boleh buat...salah seorangnya adalah Maria =)





Asfirdaus~Maria's Hubby

Barakallah..semoga pasangan ini sentiasa diredhai Allah dan bahagia hingga ke syurga.amin =)

Thursday, December 13, 2012

Stay tune!

Selama 3 hari lepas saya kena bertugas, now saya boleh sambung bercuti balik kampung..Yahoo!com. lol. Bila saya balik kampung,maka keterbatasan waktu untuk saya menjengah blog kawan2 di alam maya ni menjelma.(ayat macam pujangga tak?haha)

Saya minta maaf kalau tak dapat lawat n komen blog kawan2 semua...errrr...can i call u friends??..boleh bah kan? =D........(kalau boleh, sila jawab...boleh bah kalau kau!)...

Yup, im sabahan for whoever wondering...n not wondering...hehe. and im about to marry this sloppy but strong guy from kedah, next year.So...thats what this blog about..My wedding preparation journey (sort of..)

So keep blogging u all....keep in touch.Im happy having this blog... =D (tetiba!)

Saya nak drive balik beaufort ni, ada sapa nak tumpang? ride on!

Wednesday, December 12, 2012

Ngomel jap

Assalamualaikum n hi! sorry for a long absent.Saya balik kampung sebab ada sepupu kahwin,its 2 kali pupu.so,takda la sibuk mana..just chill out,tolong-tolong sikit.yang penting kehadiran untuk memeriahkan majlis.Alhamdulillah dah selesai.Bukannya tak boleh online langsung kat kampung..boleh tu boleh tapi tau sajalah bila dah berkumpul dengan keluarga besar.Im kinda family person. Kadang-kadang si dia pun rasa terabai bila saya dengan family, sibuk bercerita,melayan karenah dan celoteh sesama keluarga.Tapi, saya tau dia faham keadaan saya.(senyuuuum)

Sekarang ni macam rehat jap fikir pasal kahwin, walaupun time is tick tock-ing kan...dah nak separuh bulan 12.Panik2!(baru ja kata nak rehat..haha)..erm..sekarang ni tengah cuti, xpala..santai lagi..saya risau time kerja nanti..tetiba ada ja hal yang timbul..in shaa Allah, banyak benda dah dalam perancangan/on the way..walaupun ada la yang DIY masih belum start2 lagi sebab tak dapat bahan.

Ohya,talking about DIY..know what??aritu masa dalam kereta dengan bapa..tetiba he suggested..nanti katil tu kalau nak,bapa boleh buatkan...i was like 'huh?' dalam hati ja..haha..tak nak buat terkujat banget."Buat katil?macamana?".."Nanti kita beli ja besi2,pastu bapa welding.murah,kos dalam 300 ja." ...Saya ya kan ja..

Bukan apa..kesian dekat bapa.Dah la sorang2 buat keja..banyak pulak keja yang nak disiapkan tu ada lagi 3 bulan.Adik-beradik saya tak ramai.Abang n adik lelaki saya masing-masing ada komitmen belajar n keja.Kalau ditambah lagi nak buat katil?!Adoii..tapi itu la bapa saya, dia memang suka benda2 seni,buat apa yang boleh dibuat..yang penting ada alat2nya...sebenarnya saya plan gini, saya nak beli ja katil..biarla kurang sikit keja bapa..walaupun itu yang dia nak.Its like this is his project n he like do create macam2..dia siap imagine nak buat kepala katil lagi design macamana.Oh bapakku!.....

Saya pun suka DIY jugak tapi hangat2 tahi ayam jugak.lol. Now tengah mencari-cari official photographer untuk majlis nanti..erm...sebenarnya ada ja pakcik yang run business gini..tapi ntah...susah sangat nak jumpa sebab dia tinggal dekat kk..tapi in shaa Allah, nak atur minggu ni..senang sikit.lepas dah tempah jurugambar ni lega sikit.Saya nak harga yang reasonable la dengan kualiti gambar..ya la..majlis sekali ja.takda playback..reverse..moment tu penting untuk dicapture!owh.....

Itu saja nak saya taip2 di sini..rumah tak kemas lagi.Jom kemas rumah saya!..haha...sampai jumpa lagi..daaaaa....

Friday, December 7, 2012

Kurang itu lebih (Less is more)

Is it normal to feel happy when i read one of my Fav blogger proposed by her BF??hahaha..Happy for others is fine isnt it? =D

I'm triggered to write this entry after read what Alya, the blogger,wrote in her blog.Its about how engagement can be skipped because what is important is two families meet and discuss.I absolutely agree with her! but we did have engagement ceremony the other day.hehe...

I'm actually jealous with friends who had a simple n nice wedding...i want one but its hard to say i can have one. Being the only daughter in the family, the first granddaughter that getting married among the grandchildrens and growing up in the community that rich with culture, its a bit hard to ignore the custom.Malam berinai,majlis khatam Al-Quran,Bersanding,pusing pusar naga,langkah bendul, and the list goes on..

Despite all that, alhamdulillah i have parent who kinda want a simple wedding too...well actually, its more like DIY wedding..LOL.we didnt cater, we make our own wedding dais,we tailor our own wedding dress..except my sanding dress la..so we saved some budget here.

Define simple.For me simple is no food,time and money wasted on unnecessary thing like invitation card,expensive entertainment,dress,doorgift but doesnt mean we have to cancel it..actually i want to look alternative choices for all dat.. Simple is also mean i want to focus on the wedding..the ambiance get together..the guests..not only the pelamin,the pengantin..its not worth it to spend too much on that kinda thing tapi the guests pulang tak puas hati..tak rasa dilayan.Its not nice la kan..Kalau boleh, i want to meet semua orang yang datang hari tu.mampu ka??huuu..

I think im about to cancel Bisaya  Traditional wedding dress.I know this wedding gonna be once in a lifetime but im a strict person when it comes about financial.(ke kedekut..lol) I have plan to travel a.k.a hantu jalan, so just by imagining myself in Jogja rite now give me the confidence to decide,ya..no traditional dress.Lupa asal usul?? I love my traditional food, i understand my own language.bla.bla.bla. whom im gonna impressed anyway..as long as i know myself.my ancestor. =)

Less is more.Agree?or agree to disagree?

Thursday, December 6, 2012

Jarak Jauh

Percaya tak kalau saya bagitau dalam 8 tahun berkawan ni...kami hanya penah berjumpa berapa kali saja..boleh dibilang dengan jari tangan+jari kaki...apatah lagi dah setahun bertunang ni...langsung tak jumpa...jimat tak kami??..hahaha..tak da kuar makan..takda tengok wayang..takda nak minta baju itu,,perfume ini...nak kasut itu..nak tudung inii...(tapiiiiii nanti dah kawen,bersiap sedia la awak ya!!...bwahahahaha..gelak kejam)..

Yer, kami bercinta jarak jauh....memang asyik jauh ja la citernye..dulu masa study di semenanjung..sorang duk utaqa..sorang duk selatan.Bila dah nak makin dekat...dijauhkan pula....tambah2 lagi sejak saya dah balik bekerja di tempat sendiri...sorang di Malaysia Timur...sorang lagi di Malaysia Barat...kadang-kadang terasa macam,adoiii..bosannya..jeles tengok orang....kelip2 mata ja la cik Neesa..dia takkan muncul depan saya pun...tapii orang kata ada hikmahnya...mungkin dengan cara kami berjauhan ni la hubungan kami terjaga..kalau duk dekat2 selalu ada ja peelnya.

Memang setia dan sabar la kuncinya..tidak lupa juga berserah kepada Allah SWT..kalau kami ada jodoh,maka didekatkan...dan walaupun belum lagi si dia melafazkan akad nikah...saya tetap bersyukur kami semakin menghampiri ke arah itu...bila pasang Countdown Sticker dalam blog ni..rasa makin berdebar-debar pulak!oussshhhhh!!hahaha...

Gaduh,putus sambung balik putus lagi sambung balik,ugut mengugut,merajuk,marah-marah semua tu kami pernah rasa...ye la..bercinta sejak umur 18 tahun..bercinta ala2 remaja,ala2 budak,ala2 dewasa..semua dah rasa...alhamdulillah sama2 mematangkan diri..walaupun sorang masih gedik nak update2 blog..siap blogwalking main follow2 lagi..hahahaa..yang sorang tu hantu game PS3! tapi kebudak-budakan yang comel kan..takpa la..kami saling menerima dan memaafkan..hahaha..

Perasaan gembira ni harus ditulis..bukan rasa marah+geram ja kan?..leh jadi kenang-kenangan kononnya =P

Walau jauh..tapi sentiasa dekat...untung ada DIGI free call buddies! Sempat promote gitu...ye la..gila kau dia pernah kena bill RM500 gara2 gayut ja...rm500 banyak tuuu...leh beli tiket flight gi Jogja..kan2??...tapi tu la sekarang ni guna free call ja..jimat...ini la namanya family planning!owh..merepeks...baik saya stop dulu...

assalamualaikum & salam sejahtera! =D



Teaser I


Another DIY project on the way~ =) will share the result A.S.A.P

Tuesday, December 4, 2012

Is he your Mr Right?

Pause kejap pasal wedding....i dont know..today my mood keep changing...n now i feel want to write something about us....

3months 3weeks and 4 days before our wedding...my cousin asked me,didnt u feel anything?excited or something? Its still early to feel that way, I answered."But in 3months,anything can happen.."she said.I just remain silent but think.She got a point.

But thats not the thing i want to share..lets answer the question above..."Is he your Mr Right?" or maybe the next question is really matter..."How would u know he is the one??"

With him, i can be me.there is no such thing like hold back..everything must be expressed!lol...and the best thing is he accept me the way i am..im jerk sometimes..act like kid...pull a face..raise my voice..fight over small things..im quite sensitive actually...I,myself cant even understand me n figure out what i want...it must been hard to handle me huh....i can imagine if i did that with others..definitely i will get a punch in a face or worse..get dumped.lol.

I guess the answer for how would i know he is the one?...he can HANDLE me and have PATIENCE despite all hard times we had.

=)

Monday, December 3, 2012

Tutorial DIY Pompander/Bunga guna Crepe paper


Tadaaaaa!!MY very 1st DIY.To cut the story short, here are the steps on how to make the Pompander using Crepe paper instead of Tissue paper.I replace it with crepe paper coz its hard to find tissue paper in here(I mean tissue paper that used to make the pompander of course)

Ok, so before we start, here are the things that we need:

Crepe paper(any colour u want-it only cost u 50cent each),Scissor,Rubber band


My assistant~ =)

 Step 1:
Lay the crepe paper

 Step 2:
Fold the crepe paper,divide it into 8 pieces of square.


 Step 3:
Cut it according to the folded size.You will have 8 squares.



Step 4:
Stack up all the squares and fold in and out repeatedly as if u r making paper fan.



 Step 5:
This is the result from step 4 and use rubber band and tie it in the middle of the paper,make sure it divides the paper evenly.



Step 6: 
Cut both end of the paper, make a loop shape.


 Step 7:
Stretch it.


 Step 8:
Pull outward the paper and try make it fluffy as u want.


 The result!


Must try!It is so easy!
U can use it to decorate anything!Wedding dais,party,room!anywhere!
Till then,see u next DIY!

Sunday, December 2, 2012

Kerawang itu~


Bakal pengantin wajib beli magazines pengantin untuk dapat aura nak jadi bride+cilok idea2 yang berlambak-lambak dalam mag+ (yerp, ada lagi...) usha-usha promosi dan vendor-vendor yang offer service tahap terbaek.

Nak dijadikan cerita, saya dah decide nak DIY pelamin..dah pilih pun contoh pelamin...dalam contoh tu, pelamin tu ada Kerawang penghias panel.Kerawang is one of focal point dalam pelamin tu...so,mau tak mau...kena usaha cari la juga.Tengah berdikusi dengan parents(this is very important, nak DIY kena ada supporter, baru jadik n bersemangat)..sambil belek-belek mag pesona pengantin..tup2,jumpa vendor yang offer jual kerawang tu di KK!!YUP!!KK!!susah gila nak cari barang-barang wedding yang cantik+murah+banyak pilihan di KK ni...kebanyakkannya di semenanjung..so apa lagi!terus serbu...



Entrance! sampai-sampai ja kami disambut dengan gerbang cantik ni..rupa-rupanya bukan kedai..tapi kilang..patutla locationnya di kawasan industri..



nice kan??teruja!!




ruang pamer...contoh-contoh pelamin.... =)




waweeeeeeeee~



ni bunga la..apa lagiii...hurrrmm...haha



yang ni mini gerbang....nice~



ni la kerawang yang saya maksudkan tu.....affordable price =)



pilih..pilih...pilih.....murah ja...tak sampai rm50 each rasanya...



frame besaaar....



model kerawang!my cuzzie!


the end...hahaha

yang lawaknya...owner dia ni balik-balik tanya,kami dari butik mana....huahuahua...kami butik sendirian berhad ja..actually, kami plan selepas wedding nanti..barang-barang tu kami nak tumpangkan barang-barang ni dengan makcik..dia ada buat pakej pelamin...so boleh la jadi income sket di masa akan datang...

Location:
Ezi Wedding 
Taman Warisan Indah
Lorong 2
Industri, Inanam,
Kota Kinabalu.


Cadangan Design Pelamin untuk projek DIY

Sebelum saya membentangkan cadangan..chewah!...ni nak cerita sikit...almaklumlah...kalau kahwin ni xda pelamin macam tak sah...biar simple pun,asal ada pelamin...
Diikutkan mula-mula memang plan nak buat pelamin sendiri.tapi bila memikirkan yang kos buat sendiri ni kadang-kadang over budget juga...beli bunga-bunga tu dah berapa kosnya, lepas kahwin nanti bunga tu nak letak mana.Jadi tukar lagi, saya nak sewa ja lagi senang, tak payah pening-pening nak fikir.
Bila dah kata nak sewa tu, saya p la survey with my aunt...tanya-tanya harga, semuanya leih kurang 1k++ juga harganya disebabkan kos pengangkutan ke rumah saya tu dah kena tambah lagi rm250..hurm...so, saya pause kejap pasal pelamin...

Sekali tiba-tiba tengah menggoogle gambar pelamin (ni memang hobi saya sejak nak kawen)...ternampak satu pelamin cantik menawan hatiiiiiii(nanti saya reveal) so bila teliti betul-betul gambar tu, rasa macam leh buat ni.Tambah-tambah lagi my bapa ni memang DIY-person...kalau boleh,semua dia nak buat sendiri..huhu.So,*petik jari! Saya nekad nak buat pelamin sendiri~Its risky tapi kena yakin!ok,enough writing...sekarang nak post gambar-gambar pelamin yang saya rasa sesuai untuk DIY.
































Dan tadaaaaaaaaaaaaaaa!!!inilah pelamin yang saya telah pilih untuk di DIY kan..huhu....akan update nanti!Btw,dah beli kain+kerawang2 tu.



Jumpa lagi di post akan datang!

Thursday, November 8, 2012

Assalamualaikum bakal pengantin semua~!! Macamana persiapan??
Saya tunggu masa cuti ja ni..dah masuk cuti nanti..perkara yang saya nak buat ialah......

  1. nak cepat2 ambil kursus kahwin..
  2. lepas tu siapkan bilik pengantin saya!
  3. Nak p design baju kawen!!
  4. Nak settlekan make up artist!...
and the list goes on..huhu

by the way..saya teruja nak update arini sebab nak sebarkan dengan bakal pengantin semua ada promosi hebat nih!!
Pada sapa2 yang belum lagi tempah kad kawen (seperti saya..huhu)...ni ada satu promosi yang terunggul!jangan lepaskan peluang ya...InsyaAllah,saya pun nak tempah dari page ni =) design dia pun cantik2 tau!



utk selanjutnya..meh ke blogkadkahwin.blogspot.com atau page FB dier orang! hehehe....



antara pilihan hati saya ialah....

huhu...so..pilih2... =)

Sunday, October 21, 2012

Tips untuk menjimatkan bajet perkahwinan!

Wow!saya kena post yang ni!memang perlu sebab saya faham bila anda berada di situasi yang anda terpaksa mengurus sendiri persiapan perkahwinan anda. Adik beradik mungkin tidak tinggal bersama,masih bersekolah atau lagi harunya, anda seorang ja anak perempuan! Sebagai bakal pengantin yang ingin menjimatkan kos dan anda percaya kehidupan selepas berkahwin lebih penting dan tak nak berhabis duit untuk majlis anda, saya kongsikan tips supaya kita sama2 berjimat tetapi majlis perkahwinan kita masih menjadi saat yang paling tidak kita dapat lupakan!


  1. Tentukan setiap bajet yang ada ingin gunakan dan buat black and white supaya senang nak rujuk. 
  2. Elakkan diri anda terikat dengan trend-trend moden yang didasari perkahwinan barat seperti Guest Book, Centerpiece, Button Badge,T.Shirt untuk ahli keluarga, Kain Baju sama untuk penanggah.Sekiranya mana-mana di atas masih dalam bajet anda tapi anda inginkan yang murah, rajin-rajin lah 'survey' harga! Sebagai contoh cetak baju rm 10 ni..murah! ni FanPage dorang: AKK PRINTING
  3. Kad Kahwin, carila yang cantik dan murah!banyak sekarang ni..kena rajin jer yang! ni antara FanPage kad kahwin yang berbaloi juga harganya. Kad Kahwin Sempoi dan Blogkadkahwin Blogspot.
  4. Doorgift!ikut kemampuan, tapi cadangan saya, bagilah sesuatu yang berbaloi dengan pemberiannya.Pendapat saya, bagi makanan lebih berbaloi sebab orang akan makan.Barang-barang yang lain, boleh juga tetapi timbang2kan lah harga.Kadang2, orang ambil,letak merata.Tak guna pun.Makanan lebih murah.ingat tu.hehe.
  5. Baju perkahwinan!sewa lagi murah dan senang! saya bercakap ikut pengalaman sebab saya sudah habis RM600 untuk kain baju nikah dan bersanding.Kain Sahaja ya.Belum lagi upah untuk jahit dan design!owh!so, better sewa!
  6. Pelamin??Beruntunglah anda kalau ada ahli keluarga anda yang bertangan seni.bOleh menghiasitu ini.zap!zap!zap!jadi!...memang berbaloi DIY pelamin tapi macamana kalau takda??pelamin nak buat sendiri ka macamana?Better sewa ja!sebab lepas majlis nanti...bunga2 tu nak tarok mana?kain berjela-jela tu nak pakai masa bila.so please consider this one.
  7. Sentiasa peka dengan PAKEJ DAN PROMOSI KAD KAHWIN,PHOTOGRAPHY,MEKAP,...sebab pakej n promosi memang membantu anda untuk save budget!
  8. Berbincang dengan ahli keluarga anda dan pasangan anda, kadang-kadang kemampuan anda terbatas, tapi family n pasangan nak yang mewah.Jadi sentiasalah terbuka pada perbincangan.
  9. Lokasi kahwin, sewa dewan lebih murah daripada sewa Kanopi.Sekian.tak nak ulas lebih2.haha
  10. Hantaran??Pilihlah,kalau waktu tunang dah buat...consider ja dah bagi hantaran.Bagi tau dengan pasangan anda, hantaran masa perkahwinan ni nanti akan diberi semasa ulangtahun anda atau hari jadi si dia...just imagine..kalau bercadang nak bagi 5/7 dulang...sepanjang 5/7 tahun pastikan ada hadiah...kasih sayang berpanjangan orang kata...bukan sehari masa majlis kahwin ja..suami/isteri pun sayang selalu..kan??
Fuh, sakit jari jemari ku ini..haha...sekian saja tips2 untuk kali ini.Kalau ada yang terlintas, cepat2 saya kongsi supaya Majlis Kita yang paaaaaaling sweet!

Wednesday, October 17, 2012

Tarikh dah dipilih

Dah pilih tarikh dah 29 n 30 March 2013..29 tu nikah, malamnya malam berinai dan siang 30 tu plak majlis resepsi.huh, ada resepsi!tapi...........semuanya seolah-olah belum terputus lagi.Ada saja itu dan ini dan saya sedar kadang2 sikap degil dan ego saya ni yang buatkan perkara2 yang tak enak dicerita tu berlaku.Saya tertekan.Kepala ni macam menanggung seribu beban.Haih, dah nak kawen, ini pulak ceritnya............

Tuesday, January 3, 2012

Rokok,please jauh-jauh


Alangkah best duit tu kumpul beli Iphone 5




Tempoh hari, si dia ada luahkan hasrat untuk berhenti merokok selepas kawen nanti.Happy! Saya sebenarnya betul2 happy bila dia cakap gitu. Ya lah, memang banyak kebaikan berhenti merokok. Tapi i know its going to be hard to quit smoking..bila dah ketagih,argh!i just know that feeling...im not smoking la..saya addicted benda lain.ngehehe.

Boleh stress menghampiri gila~



Know what?Saya google tips berhenti merokok.I have found this personal tips dari seorang bekas perokok..ya lah..siapa lagi yang paling layak berkongsi tips melainkan bekas perokok TEGAR itu sendiri kan??....

the whole entry berguna bagi saya..bermula dari kisah dia semasa menjadi perokok..apa yang dia buat untuk berhenti dan consequences dia...jadi saya terus bagi link untuk di baca.Klik SINI

harap bermanfaat.

Majulah sukan untuk negara =) (his fav quote)